Sekadar coretan
Sebagai manusia aku juga mempunyai impian…walaupun tak setinggi gunung atau berhasrat mencapai awan gemawan nun jauh di langit yg biru…
Aku sekadar impikan kehidupan yg bahagia mengikut acuanku sendiri….
Namun, aku sendiri tidak pasti samada impian itu akan ku kecapi atau tidak…kadang2 impian dan harapan itu diberi setinggi gunung, kadang2 juga harapan itu ku dengar hanya sekadar penyedap halwa telinga..yg mungkin hanya sementara..
Mungkin tertulis sejak azali atau mungkin juga sudah tercatat di Loh Mahfuz bahawa kebahagian bukan hanya untuk diri sendiri..atau mungkin juga perlu melalui dugaan yg sukar …seandainya itu yg ditakdirkan..hanya satu yg kuharapkan..semoga bahagia itu tidak membawa derita kepada insan lain..dan aku pasti bahagianya sebuah kehidupan boleh dikecapi dgn acuan hidup kita sendiri..tapi..pilihan untuk mencorakkan hidup itu yang sukar ditentukan sebenarnya..
